Semasa kemalangan, saya tidur dan saya dapat dengar dentuman yang kuat dan saya sedar yang saya sedang kemalangan. Ia bukan seperti saya merasai mimpi. Seperti ada satu lapisan lagi diatas mimpi-realiti. Berada diantara. Waktu itu saya tahu saya akan mati. Saya akan melalui kematian. Nothing to lose, itu yang selalu saya lalui selama ini. Jadi waktu itu saya sudah berserah sepenuhnya. Tiada apa yang patut saya kesali tentang hidup yang saya lalui. Semua memori tidak terlintas waktu itu waima mengingati bekas kekasih sekalipun. Mata saya masih pejam hinggalah kereta berhenti dari berpusing. Bunyi bising akibat kereta bergolek juga berhenti. Saya dengar tangisan. Ia datang dari ibu saya yang duduk di kerusi penumpang. Ayah saya waktu itu cuba untuk memeriksa sekeliling. Kedua-dua beg udara keluar dari sarangnya. Aku periksa keadaan ibu yang masih menangis. Orang ramai minta kami keluar segera dari kereta. Gusar kalau kereta terbakar. Sedikit-sedikit kesedaran pulih dan kami tahu yang kami baru melanggar pembahagi jalan yang menyebabkan kereta melompat dan bergolek beberapa kali.
Saya cuba mengingati apa yang saya lalui semasa kemalangan terutama waktu saya sudah menyerah kepada kematian. Ia begitu senang sekali untuk biarkan kematian memeluk saya. Saya tidak memaksa untuk menolak. Hinggalah saya memikirkannya semula. Memikirkan kematian. Memikirkan apa disebalik kematian. Apa yang akan jadi selepas itu? Apakah saya akan berjumpa dunia yang utopia persis syurga? Saya akan menemui tuhan yang telah lama saya cari? Apakah saya akan ke neraka seperti yang selalu didombakan?
Menakutkan bila memikirkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan