1.
Hujan lebat disini. Bunyi kilat walaupun malu-malu tetap mengusarkan, angin seperti ajak bergaduh - mengigit kulit keringku dengan rakus sekali. Lalu saya mencari ruang untuk berteduh dan saya jumpa ruang yang paling selamat iaitu hati saya sendiri.
2.
Tapi malangnya pintu hati saya berkunci. Puas saya mengetuknya. Tiada siapa yang mampu membukanya. Kuncinya hilang entah kemana. Hujan masih lebat di luar. Tiada pilihan lain, saya lari dan berteduh dibawah paru-paru saya sendiri.
3.
Di bawab paru-paru, sambil menunggu hujan reda saya tertidur dan bermimpi memasuki usus perut saya sendiri. Ia seperti labirin (mungkin tidak sekompleks labirin yang diceritakan Borges) tapi cukup buat perut saya kecut dan hilang arah. Di dalam usus perut saya sendiri, saya menemui apa yang pernah saya telan; iaitu sisa-sisa kesedihan dan kesepian. Bila tersedar dari mimpi, saya lihat anu saya tegang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan