Saya bekerja dengan bersungguh sekali di siang hari moga malam badan saya penat dan mampu tidur dengan segera. Ia bagus buat saya yang tidak mahu memikirkan apa-apa. Saya akan membaca buku untuk cepatkan rasa mengantuk dan tertidur ketika buku masih di tangan. Sebelum itu saya sempat berazam untuk bangun pagi dan menyayangi diri sendiri seadaanya.
Rabu, 14 Mac 2018
kispen: satu
Sudah lama saya terasa asing begini walaupun di kampung sendiri. Kalau di bandar mungkin boleh terima tapi di tempat membesar dari kecil ia jadi janggal. Orang kampung selalu bertanya bila balik bila jumpa saya di surau atau stesen minyak padahal sudah lebih setahun saya di kampung. Entahlah mungkin saya selesa begini terutama sekarang. Saya banyak habiskan masa saya di dalam bilik. Seolah tempat paling selamat. Ibu saya antara paling risau lihat keadaan saya- tidak bergaul dan banyak termenung. Ayah mungkin sudah penat membebel dan lebih banyak diam dengan saya. Mungkin sudah putus asa menyuruh saya kerja atau berkahwin. Saya memilih kerja diluar bidang saya malah gajinya 10 kali ganda lagi murah berbanding pendapatan yang pernah saya miliki dulu. Itupun saya kerja bukan kerana perlukan wang pun. Tapi lebih kepada mahu mengurangi kutukan kepada diri sendiri atau melupakan Lili, bekas teman wanita yang sudah beranak dua. Alasan lain, saya mahu berkerja yang tmenghadap komputer dan banyak bergerak berbanding kerja lama yang banyak duduk menghadap skrin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan