Kertas adalah ruang kediaman buat aksara-aksara berkumpul lalu mmebikin lembar-lembar kertas bernama buku. Dalam hal membikin zine adalah seperti saya desain sebuah rumah. Tiada apa yang paling utama dalam dezain rumah adala soal ruang (pokoknya tidak kisah dezain bagunan jenis apa pun, Rumah adalah analogi yang suka saya guna). Pada saya estetika rupagaya bangunan jatuh pada nombor dua kerana yang paling utama adalah esensi ruang. Ruang yang selesa itu akan buat penghuninya selesa di dalamnya.
Saya adalah pembikin zine (dalam kata lain-arkitek zine). Klien saya adalah manusia - pembaca. Kertas adalah ruang manakala jenis kertas adalah material. Ruang kertas; bila bercakap soal ruang ia berkait dengan size setiap helaian. Zine adalah produksi mandiri - DIY dimana semuanya perlu saya bikin sendiri- dari hal kertas hingga pencetakkan. Keluasan ruang (size kertas) bergantung pada wadah apa yang cuba dibikin- kalau Zine Foto mungkin akan mengunakan size A4, Kalau zine jenis majalah kebiasaanya guna A4 yang dilipat dua menjadi A5, Namun ia masih tidak terikat dalam size yang dah di standardkan, bergantung pada kreativiti dan keselesaan.
Zine dalam sejarahnya ialah produksi DIY yang mengandungi tulisan/risalah atau foto yang dicetak secara fotokopi. Dari segi kualiti ia tidak dititikberatkan sangat kerana yang penting isi kontent di dalamnya. Namun bagi saya produksin zine haruslah bergerak kedepan. Saya percaya kepada kualiti. Kualiti ini seperti dezain cucur atap yang lebar yang mampu menghalang tempias air hujan / panas matahari terus kepada sebuah ruang untuk keselesaan mendudukinya. Nyaman semestinya. Dezain sebuah ruang juga bergantung pada material yang digunakannya (seperti dinding atau jubin).
Seperti itu jugalah dalam penghasilan zine. Pemilihan size kertas dan material penting. Sebagai contoh saya menghasilkan zine cerpen. Jumlah perkataan yang banyak buat saya perlu ambil kira susunan aksara dalam satu halaman. Contohnya dalam satu baris ayat berapa perkataan yang perlu disusun? Jika dalam satu baris terlau panjang boleh buat pembaca penat mengerakkan mata dari kiri ke kanan. Malah dalam satu halaman berapa banyak baris yang perlu disusun? Terlalu banyak baris buat pembaca rasa sesebuah teks itu terlalu panjang. Spacing antara teks dan saiz font harus diambil kira. Material; kertas apa yang dipakai atau warna kertas? Kalau perasan, warna kertas A4 yang terdapat dipasaran (yellowpage atau Double A) punya brightness yang boleh buat kita cepat sakit mata akibat silau. Berbanding kertas kekuningan atau kertas putih yang mengandungi peratus brightness yang kurang seperti kertas novel akan beri keselesaan pada mata pembaca. Binding itu seperti dekorasi dalam sesebuah ruang, Ia bergantung pada anda! Mau binding secara jahit atau konversional stapler atau pakai pengepit. Bestnya bikin zine ni ia fleksibel dan ikut kreativiti masing-masing.
Sekarang bukan hanya tentang konten dalam sesebuah zine. Saya teringat abang saya cakap, kalau buku yang difotostat siapa nak baca? Rasa tak selesa walaupun isinya bagus. Saya teringat waktu belajar dulu fotostat nota, last-last tak baca pun sebab rasa tak menarik untuk dibaca. Kata orang lama yang saya pernah dengar; buku yang tak cantik ni macam orang perempuan yang cerdik tapi tak pandai berdandan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan