Rabu, 14 Januari 2015

Dimana kebenaran autentik?

sumber: internet



Kisah Charlie Hebdo adalah sebahagian dari citra bagaimana kesalahtangapan tentang makna sebenar kebenaran. Jika dibelek kembali sejarah dunia, terlalu banyak kisah yang mampu kita renungi kembali kisah keganasan yang ditebus atas nama kebenaran. Atas nama kebenaran, maka lahirlah Saddam Husein yang mengugurkan bom kimia di perkampungan Kurdi. Atas nama kebenaran islam jugalah Al-Qaeda mencipta tragedi september sebelas ata Imam Samudra yang mengegarkan bumi Bali.

Saya percaya individu-kumpulan yang melakukannya yakin apa yang mereka lakukan itu atas dasar kebenaran yang mereka percaya. Saya juga percaya setiap individu (termasuk saya) punya keyakinan kebenaran yang tersendiri. Dan kemungkinan kita akan menolak kebenaran individu lain kerana ia bercanggah dengan kebenaran yang kita yakini.

Jadi dimanakah kebenaran sebenar?

Dalam menghuraikan pandangan ini, saya cuba keluar dari lingkaran keagamaan (islam) yang saya anuti untuk melihat perspektif yang lebih luas dan terbuka. Hemat saya, kebenaran autentik atau mutlak (absolute truth) adalah tidak pernah wujud di atmosfera manusia. Yang wujud hanyalah kebenaran berdasarkan keyakinan manusia. Sebagai contoh, umat Islam percaya yang Al-Quran dan hadis adalah sumber autentik yang terutus untuk umat manusia mendepani hari mendatang. Tetapi dari rujukan suci ini, lahir pelbagai jalur pemikiran, mazhab dan aliran yang berbeza-beza. Khilaf. Jadi wujud pelbagai tangapan kebenaran dari penafsiran pemikiran muslim. Seperti itu jugalah para pengganas yang menebus mereka juga berada pada jalur kebenaran dari tafsiran-tafsiran yang mereka anggapi dari kita suci (al-quran). Mereka yakin Tuhan bersama kebenaran yang mereka junjung waima pembunuhan manusia yang tidak berdosa (walaupun bukan islam) sangat bertentangan dengan ajaran islam. Pemahaman dan penafsiran yang cetek hanya membuahkan pandangan kebenaran yang singkat lagi miskin.

Umat Islam percaya kebenaran mutlak adalah dari esensi islam, Kristian, Buddha, Hindu dan agama manapun juga percaya agama mereka menyajikan kebenaran yang sebenar. Jadi yang mana yang paling benar? dan jika setiap penganut mengatakan agama mereka yang paling benar dan mereka taksub dengan kebenaran agama mereka bukankah itu akan menerbitkan perasaan inferiority dan discrimination terhadap agama lain? Seperti mana yang dilakukan oleh pengganas Muslim Osama bin Laden atau mentornya Abdullah Azzam yang ekstrim menanamkan kebencian terhadap agama lain.

Perkara seterusnya, sering kita cuba beralih kepada nilai kemanusian (humanity). Nilai asasi. Nilai moral. Tapi nilai-nilai ini sering saja bersifat bias dan berat sebelah. Nilai moral dan kemanusian sering dipengaruhi oleh kebudayaan dan sosial setempat. Barat dan timur sering bercanggah dari sudut ini. Lihat sajalah bagaimana masyarakat barat melihat fungsi seks didalam kehidupan. Nilai seks yang begitu murah dan mastubasi yang dianggap baik untuk pertumbuhan remaja.  Di belahan timur seks tanpa perkahwinan tetap dianggap bukan perkara mulia didalam sosial masyarakat (cuba mengenepikan faktor ajaran agama). Disana juga tidak digelarkan anak luar nikah itu anak haram seperti mana di belahan timur. Sosial dan kebudayaan yang kontradik tidak sesuai untuk menilai aras moral dan kemanusian. Apatah lagi mahu mengatakan waras kemanusian yang baling benar.

Saya percaya kemanusian tidak dapat diwaraskan tanpa agama. Agama yang akan membentuk dan mengawal  nilai kemanusian itu. Pandangan saya, keseimbangan antara agama dan kemanusian itu adalah kunci menuju kebenaran dan ditengah-tengahnya perlu diisi oleh ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang diseimbangkan oleh nilai kemanusiaan dan nilai agama akan membentuk toleransi dan rasional akal yang akan mengariskan sesuatu kebenaran. Ilmu pengatahuan yang bagaimana? Iaitu tentang agama sendiri, agama-agama lain, adat budaya dan perihal masyarakat luar. Ini yang akan menguatkan kewarasan kebenaran.

Saya cuba membawa contoh kisah tokoh paling seimbang, Nabi Muhammad yang pernah memarahi sahabatnya yang membunuh tawanan perang. Walaupun halal membunuh musuh perang (unsur agama) tetapi Nabi s.a.w tetap memarahi atas sebab dia (musuh) sudahpun menyerah dan tidak punya senjata (nilai kemanusian). Kata Nabi, tidak diketahui apa didalam hati musuh ini dan apa pembalasan Allah kelak (ilmu pengetahuan)

Nah, lihatlah bagaimana Nabi s.a.w bertoleransi walaupun dengan musuhnya. Nabi mengimbangi rasional dan kemanusian dalam membentuk kebenaran islam. Jadi walau apapun alasan yang diberikan penganas atas landasan kebenaran adalah tidak dapat diterima akal dan barbarik!

Bukanlah saya tujukan tulisan ini hanya pada pelampau muslim semata tetapi juga kepada penganut-penganut agama yang lain dimana seperti kisah Kartun Charlie itu sendiri yang berat sebelah dan mengagung-agungkan kad 'freedom of speech' (sebahagian dari hak asasi) tanpa diimbangi oleh nilai agama (sensitiviti dan hormat kepada agama lain) hanya mengundang kemarahan umat Islam.  Sebagai umat Islam, Adalah menipu jika saya katakan saya tidak marah dengan  penghinaan kartun perutus kami tetapi tidaklah saya menyebelahi keganasan. Dan fahamlah hormat menghormati dan toleransi itu adalah kebenaran yang paling ampuh!






Tiada ulasan: