Aku tak wujud. Aku tak pernah wujud. Aku hanya wujud kerana kau mahu aku wujud. Aku wujud kerana kau mahu aku wujud begini dan begitu. Kau mahu aku wujud mengikut 'kewujudan' kau. Turut kepercayaan kau. Kau tentukan aku;
"Berfikir harus begini!"
"Hidup harus begini!"
...Dan aku wujud kerana kau mahu aku wujud, bukan kerana aku wujud dari kemahuan kewujudan aku sendiri.
Kau tentukan aku. Dan ketika aku tak menurutmu. Kau bimbang aku akan binasa. Neraka katamu.
Buat apa aku ke syurga, kalau aku tak pernah rasa kewujudanku?
19 jan 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan