Darah menitik ke lantai. Aku dapat lihat
satu persatu gugur dari hidungku. Belum sempat aku bangun, serigala itu
menerkam lagi. Badan aku dan badannya bergulingan diatas lantai. Dia menindih
aku. Aku hanya mampu menutup mukaku dengan lengan agar tidak dicakar di muka
lagi. Satu cakaran pada dada. Dada aku koyak bersama baju Pink Floyd hitam aku.
Meraung aku kesakitan. Aku menumbuk serigala yang ada kacukan husky itu.
Terpelanting. Aku bangun. Kawasan gudang terbiar itu hanya ada aku dan serigala
itu. Aku ambil sebatang besi. Satu renungan tajam dari Serigala membuatkan aku
menelan air liur gugup. Serigala itu makin membesar. Aku dapat nampak perubahan
badannya. Matanya merah bak lada. Sekali lagi aku menelan air liur. Tapi dia
apa yang boleh aku buat selain melawan. Apa yang kau mahu?!. Serigala itu sudah
bersiaga untuk menyerangku. Mungkin aku akan menjadi lauknya malam ini.
...
Malam itu sangat sayu. Dinding gudang
terbiar penuh dengan darahku. Baju Pink Floyd habis koyak. Aku terbaring lunyai.
Darah disana sini. Apakah ini penamatku?.
...
Status Facebook:
Seolah sebuah perhitungan yang tidak selesai.
Tidak tahu saatnya apatah lagi persoalan bagaimana perhitungan ini akan dilaksanakan. Ia
menyeksakan, terutama di bahagian otak yang sedang memikirkan dan melawan
ketakutan-ketakutan perasaan kau.
Ia tidak semudah dengan seperti meniup
debu di celahan tingkap. Malah jauh lebih sukar dari kamu menahan kesakitan
gigi yang rosak.
Kadang merasa seperti ada serigala liar
yang buat merontok rontok dalam kepala kau. Disuruh keluar tidak mahu. Diajak
bincang mendengus defensif. Dijinakkan, tunduk tapi meronta kembali.
Kadang
diratahnya perasaan kau.
Kau mengeluh payah. Berkali kali.
Kau kepenatan. Badan kau sudah lemah
minta beradu tapi fikiran kau masih berlarian laju. Berkejaran dan minta kau
berkejaran bersama.
Ah, kau mengeluh lagi.
![]() |
| internet |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan