Musik latar Articulate silences - Star of the Lid memenuhi ruang
kamar
Malam ini aku
membunuh masa dengan menonton Everest. Filem adaptasi dari kisah benar
tentang pendakian gunung yang tingginya 8850 meter; Gunung Everest. Lihat kawan, ini bukan rebiu filem kisah pendakian itu yang akan aku kupas melainkan mengingat diriku tentang
egoku sendiri. Manusia terbentuk dari egonya. Begitulah aku. Ego yang mengekori
diri.
Aku bukanlah
pendaki tegar yang menawan banyak gunung yang tinggi. Aku tidak tahu apa-apa
tentang gunung. Hanya pernah menawan beberapa gunung dan bukit di sekitar
semenanjung setakat tulisan ini dicoret. Cuma aku punya keegoaan iaitu aku tidak
berapa gemar ialah mendaki dalam kuantiti pendaki yang ramai dalam satu trip.
Aku suka berdua atau dalam kelompok yang kecil. Itu yang aku suka lalukan dibeberapa pendakianku. Aku tidak gemar pendakian yang
perlahan seperti mana pendakian dalam kelompok yang ramai. kelompok yang ramai membuat rentak pendakian menjadi perlahan dan tidak lancar akibat terpaksa menunggun klik yang berjalan
perlahan atau berehat dan terpaksa que yang panjang.
Paling akhir aku
mendaki ialah Gunung Pulai yang lokasinya terletak di Baling. ialah pada kurang
lebih dua minggu lepas. Dan malam ini aku menonton Everest. Aku boleh katakan
semuanya bukan tentang siapa yang mendaki paling pantas ke puncak atau
pemandangan cantik yang selalu menjadi motivasi pada pendaki terus untuk sampai
ke atas. Kalau kamu mahu tahu hal yang yang sebenar, segalanya tentang momen,
kawan.
Momen.
Seperti mana kamu
menonton Everest, momen perbualan, gelak ketawa, menari dikala malam, perbualan
intim, momen cemas malah momen kematian yang memeluk dipentaskan dalam satu
citra pendakian. Ya , pastinya gunung Pulai dan Everest bukan perbandingan yang
cocok. Tapi aku kira momen itu dapat dirasa bagi mereka yang pernah mendaki
gunung. Ada keintiman dari cerita ini.
Kala perbualan
saat mendaki, berkongsi air atau roti gardenia, gelak tawa, kepenatan, menghembus adrenalin, atau
kaki bergetar akibat menahan beban diri yang makin penat. "Ada orang
miscall tu, saie". Inside
joke Aqih yang hanya kami
saja faham bila melihat kaki aku mula bergetar dengan sendiri. Berderai tawa
antara kami.
Gunung adalah ciptaan Tuhan yang tidak dicipta dengan sia-sia.
Seperti yang aku katakan diawal; Manusia terbentuk dari egonya. Dan gunung
adalah tempat kamu meninggalkan egomu. Egomu yang dibina dari pencapaian gred
di sekolahmu, taraf pendidikanmu, jawatanmu atau apa-apa perlumbaan status yang
kamu ada dialam realiti. Kamu harus tinggalkan di kaki gunung. Kerana satu hal
yang aku percaya ialah gunung tidak peduli pada egomu. Bila kamu mendaki, kamu
sudah tiada apa-apa melainkan semangat jiwamu, kawan.
Belajarlah dari Scott Fischer dan kompetitornya Rob Hall, walaupun pada awalnya mereka bersetuju bergabung grup untuk mempercepatkan pendakian tapi apabila di puncak, Rob diperli Scott kerana grupnya tidak semuanya sampai ke puncak.
“we don’t need competition between people, this competition between every person and this mountain, the last word always belong to the mountain”-Anatoli
Lagu bertukar trak. Nothing it can - Helios. Memenuhi latar fikiranku.
Belajarlah dari Scott Fischer dan kompetitornya Rob Hall, walaupun pada awalnya mereka bersetuju bergabung grup untuk mempercepatkan pendakian tapi apabila di puncak, Rob diperli Scott kerana grupnya tidak semuanya sampai ke puncak.
“we don’t need competition between people, this competition between every person and this mountain, the last word always belong to the mountain”-Anatoli
Lagu bertukar trak. Nothing it can - Helios. Memenuhi latar fikiranku.
![]() |
| Foto kredit Faqih Iqbal |

2 ulasan:
Chaa ok tak ok
masih hidup!
Catat Ulasan