Selesai menonton The Lego Movie, serasa banyak ibrah yang mampu dikutip dari filem animasi ini. Melalui penceritaan ini dapat saya gariskan tiga isi dan perkaitannya dengan reality kehidupan dewasa ini.
Pendidikan, ibubapa dan ‘the kragle’ tanpa sedar
“kanak-kanak adalah tragedi bagi si genius”
Dalam penceritaan ini, Emmet, adalah salah seorang (baca: patung lego) daripada beribu-ribu rakyat lain yang sudah disetkan mindanya melalui intruksi yang sudah digariskan. Setiap hari Emmet akan melalui instruksi. Bangun pagi, ucap selamat pagi, jumping jack, mandi, menyapa jiran, mendengar lagu ‘ everything is awesome’ dan menonton ‘ where are my pants?’ disetiap pagi. Setiap rakyat berkongsi instruksi yang sama dan telah ditetapkan peranan masing-masing dan Emmet telah disetkan sebagai pekerja buruh binaan. Semua perkara ini dalam kawalan oleh Presiden Bussiness.
Presiden Business mencipta tiraninya melalui kawalannya ‘the kragle’ atau ‘crazy glue’ mengatur setiap peranan dan mencipta dunianya sendiri tanpa siapapun mampu keluar dari dunianya. Disatu sisi pula, Finn, seorang kanak-kanak kecil yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi telah dikawal leh ayahnya melalui instruksi yang telah ditetapkan. Dalam kisah ini, Finn tidak dibenarkan menyentuh permainan lego yang telah dibina (disetkan) oleh ayahnya. Ayahnya telah mencipta satu bandar yang besar melaui lego dan meng’gam’kan(the kragle) setiap kedudukan patung-patung lego mengikut acuannya. Instruksi ‘do not touch’, ‘off limit dan ‘hands off’ ialah bentuk arahan yang telah ditetapkan kepada anaknya supaya tidak merosakkan ‘bandar’ ciptaanya.
Saya kira ini adalah realiti yang kita lalui tanpa sedar. Saya ibaratkan ‘the Kragle’ adalah doktrinasi yang diserap pada minda tanpa sedar. Ya, Kita tidak sedar yang kita telah didoktrinasikan minda dari usia tunas lagi melalui arahan serta larangan yang bermula dengan ‘jangan’. Jangan buat ini dan jangan buat itu. Zaman kecil ialah zaman mewah imajinasi, zaman dimana ‘tiada apa yang salah’ dan ia sangat tragedi bagi kanak-kanak genius yang mempunyai idea dan imajinasi yang hebat jika ibubapa telah mengawal dan mematahkannya.
Suka saya memetik kisah ‘Tarre Zameen Par’ arahan Amir Khan yang seiringan dengan poin yang cuba ditonjolkan dimana Inshan, kanak-kanak lapan tahun yang menghidap dyslexia dan mempunyai daya imajinasi dan kretiviti yang tinggi tapi telah dibantut dan dibunuh oleh sistem pendidikan, guru-gurunya dan ibubapanya sehingga kanak-kanak kecil itu menghadapi kemurungan yang parah dan tersisih dari kawan-kawannya.
Instruksi membunuh kepercayaan diri
“Kesenangan adalah tanda bahwa kematian mulai meraba jiwa manusia” –promoedya ananta toer
Tanpa disengajakan, Emmet telah dipilih sebagai ‘the special’ setelah dia menemui ‘piece of resistance’ dimana dia telah dipilih oleh Vitruvius sebagai pengutus (prophency) untuk membasmi Presiden Business dan tiraninya. Emmet yang sudah lama disetkan mindanya telah melalui satu proses yang berbeza dimana dia terpaksa menjadi pemimpin dan terpaksa membuat keputusan sendiri dan luar dari arahan yang biasa dilaluinya. Nyata begitu sukar untuknya. Arahan yang dirutinkan telah membentuk amalan dan kebiasaan lalu membentuk keselesaan yang tidak lagi mencabar pemikiran nyata membunuh individu itu sendiri. Emmet begitu lemas tanpa instruksi dan tidak mampu memecahkan mindanya apabila diminta membuat keputusan atau menjana idea.
Begitulah yang dialami oleh Ellis Boy ‘Red’ Redding didalam kisah The Shawshank Redemption dimana beliau yang hampir seumur hidupnya menjadi banduan dan diberi pengampunan bebas dari penjara menghadapi kesukaran dan tepu akibat telah dirutinkan dengan arahan semasa didalam penjara.
Saya melihat begitu menakutkan sekali apabila ibubapa yang begitu optimis pada eureka kejayaan dan tanpa sedar membentuk anaknya mealui arahan yang keterlaluan. Apa yang perlu anak makan, apa yang perlu anak baca, sikat rambut belah mana, dengan siapa anak boleh berkawan, apa hobi anak, pusat tuisyen mana yang terbaik, kerjaya apa patut diceburi dan bermacam lagi bentuk kawalan tanpa sedar oleh ibubapa. Oh, terlalu menakutkan. Anak-anak telah dibentuk dengan arahan-arahan yang keterlaluan hingga anak hilang kewujudan diri.
Ustaz Hasrizal Jamil ada menyebut didalam sebuah forum Pedagogi Pendidikan Cinta,“musuh kepada pendidikan anak-anak bukan hanya sistem pendidikan yang tidak betul tetapi juga insan yang paling pengasih kepada kanak-kanak itu sendiri iaitu ibubapa. Kadang-kadang ibubapalah pemangsa yang paling kejam kepada anak apabila mereka merancang pendidikan anak-anaknya dalam bentuk ‘apa yang dia mahukan’ untuk cita-cita dia (ibubapa) yang tidak tercapai”
Anak-anak tidak diberi peluang untuk merancang dan membuat keputusan sendiri dan ini akan membunuh kepercayaan diri individu. Nyata telah membunuh asasi manusia!.
Berani dan pecahkan status quo.
Emmet yang telah ditugaskan untuk memecahkan standardization yang telah dicipta Presiden Business melalui gelaran ‘The Special’ oleh Vitruvius, seorang tua yang pernah dikalahkan ole Presiden Business suatu masa yang lama telah melalui transisi perubahan yang kritikal iaitu menjadi seorang pemberani walhal pada akhirnya, Vitruvius hanya mengatakan gelaran ‘ The Special’ hanya ciptaannya semata-mata sebagai metode untuk mencipta ‘Emmet yang sebenar’!.
Disini dapat dilihat bagaimana pemangkin serta dukungan rangsangan mampu mencipta tahap potensi manusia yang sebenar. Lihatlah Emmet telah membuktikan dia mampu memecahkan status quo dan standardization ciptaan Presiden Business.
Dari kecil saya sedikit skeptik dengan telahan ‘orang tua makan garam dulu’. Tidaklah saya menganggap pepatah ini salah atau tidak relevan tapi tidaklah bersetuju seratus peratus dan saya menganggap ia seolah sentimen si tua untuk menganggap ‘we always right’ dan egois untuk menerima pandangan anak muda. Status quo harus dipecahkan jika ia tidak lagi relevan mengikut masa dan zaman. Masa sentiasa beredar, Zaman si tua tidak mungkin zaman si muda seperti juga saya yang akan tua tidak mungkin sama dengan zaman muda yang akan datang. Seperti yang berlaku pada Finn, apabila dia dimarahi ayahnya akibat mengubah dan menambah kedudukan patung-patung legonya. Ayahnya mematahkan argumen Finn yang tidak bersetuju dengan ayahnya dan menganggap Finn tidak memahami tentang lego dan menganggap ia permainan orang dewasa dan bukan untuk kanak-kanak.
Biarkan…
Mungkin saya tidak layak untuk mengatakan biarkan kanak-kanak dengan dunianya, biarkan mereka dengan imajinasinya kerana saya masih belum berkeluarga, masih belum punya anak kecil tapi itulah hakikatnya yang harus dipraktiskan oleh setiap ibu bapa. Berhenti memandang pada eureka kejayaan yang hanya tercalit pada sijil-sijil dan pencapaian peperiksaan atau kejayaan material. Berhenti meminta anak-anak menjadi doktor, akitek atau jurutera. Oh terlalu klise sebenarnya karier-karier ini. Suruhlah mereka menjadi ‘manusia’. Itu yang sepatutnya.
Diakhir cerita, Ayahnya mula sedar dan bertanya “ So President Business is a bad guys?”Finn alias Emeet berkata pada ayahnya (Presiden Business) “ You..dont have to be a bad guy, you are most talented, most interesting, most extraordinary person in the universe. And you are capable of amazing things because you are..The Special”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan